Melayu penduduk asal Malaysia

2 years ago
791 Views

Persamaan antara Mitochondrial DNA (mtDNA) antara orang Melayu dengan Orang Asli dan perbezaannya ber-banding orang China boleh dianggap bukti yang mendiamkan keriuhan golongan yang mencanangkan teori Melayu sebagai pendatang.
Kajian genetik yang dilakukan Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Universiti Oxford dan Universiti Leeds itu, mendapati mtDNA orang Melayu lebih berusia berbanding orang China dari Tanah Besar China.
Data yang dibandingkan dengan dapatan Kong EtAl pada tahun 2010 itu, membabitkan sejumlah 6,093 sampel individu dari 84 kawasan penempatan di China itu, menolak dakwaan sesetengah pihak yang menganggap orang Melayu sebagai pendatang dan bukan penduduk asal kepulauan Melayu.
Pengarah Penyelidikan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin, berkata dapatan itu menunjukkan mtDNA Melayu di kepulauan Melayu berusia di antara 50,000 hingga 60,000 tahun, iaitu 15,000 tahun lebih tua daripada orang China. “Kajian ini merumuskan pergerakan manusia di Tanah Besar bermula dari bahagian selatan dan naik ke utara China selepas berlakunya banjir besar di benua Sunda dan bukan sebaliknya seperti sering didakwa.
“Bukan setakat mtDNA di selatan China lebih muda dibandingkan dengan kepulauan Melayu, malah penemuan arkeologi turut membuktikan sudah ada kehidupan di kepulauan Melayu sejak 40,000 tahun yang lalu katanya pada Forum Bicara Bestari, Melayu Bukan Pendatang di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Hasil dapatan tepat, tersimpan
Forum dipengerusikan Pengarah ATMA, Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin itu, turut dibarisi Felo Penyelidik Utama ATMA UKM, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, (DBP) Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar.
Zafarina berkata, hasil dapatan daripada MtDNA adalah tepat kerana ia diwarisi turun-temurun daripada satu generasi kepada generasi dan tidak akan ‘terputus’ dengan mudah, melainkan berla-ku bencana besar-besaran yang menyebabkan seluruh populasi hilang. Katanya, DNA terdapat dalam semua sel badan dan boleh didapati daripada sel biologi seseorang sama ada ketika hidup atau mati, malah berupaya kekal dalam jangka waktu yang lama sehingga ia boleh didapati daripada sampel fosil yang disimpan dengan baik.

Tambahnya, bukti mtDNA dilakukan USM bersama Universiti Leeds dan Oxford, senada dengan kajian yang mengatakan populasi peninggalan paling tua di dunia ialah Orang Asli Semang dari Semenanjung.
“Apabila membuat kajian DNA berkenaan, kita temui sesuatu yang hampir sama dalam DNA orang Melayu dan Orang Asli Semang yang menandakan kedua-dua masyarakat ini berada dalam rumpun yang sama, sekali gus menjadikan Melayu sebagai bangsa yang sangat tua dari kepulauan Melayu.
“Rumpun Melayu berasal dari kawasan yang luas tetapi disebabkan faktor seperti perubahan geografi dan politik, ramai merasakan Melayu hanya merujuk kepada Melayu di Semenanjung Melayu saja,” katanya. Mengenai dakwaan orang Melayu berasal dari Taiwan, Zafarina berkata, ia lebih mudah untuk dinafikan kerana pergerakan keluar dari Taiwan hanya ditunjukkan dalam tempoh 10,000 tahun yang lalu.
Terikut teori lapuk
Sementara itu, Md Salleh berkata, masyarakat perlu dididik mengenai kebenaran kerana sehingga kini masih ada sesetengah pihak termasuk ahli politik yang terikut teori Out of Taiwan dipelopori ahli arkeologi, Peter Bellwood.
Beliau yang kesal dengan keadaan itu berkata, daripada menghukum mereka yang masih terus menganggap masyarakat Melayu adalah pendatang dari China dan Taiwan, lebih wajar mereka dididik melalui siri forum mengenainya.
“Kepercayaan mereka ini disebabkan tulisan Bellwood melalui Taiwan and the Prehistory of the Austronesians-Speaking Peoples pada tahun 1998.
“Bellwood mendakwa 4,000 tahun lalu rumpun manusia Melayu-Polynesia berhijrah dari selatan China, melalui Taiwan ke Asia Tenggara dan seterusnya ke pulau di Pasifik Selatan serta ke Madagascar.
“Teori ini tidak mempunyai bukti kukuh, malah kajian menunjukkan nenek moyang Melayu-Polynesia sudah mencapai kemahiran pertanian di kepulauan Melayu lebih awal,” katanya.

Menurut Md Salleh, teori Out of Sundaland oleh Ahli Sains Universiti Oxford yang juga mantan profesor arkeologi USM, Dr Stephen Oppenheimer yang disokong berasaskan analisis DNA, arkeologi dan etnologi adalah lebih tepat, malah selaras dengan bukti genetik oleh Human Genome Organisation.
Hanya kepulauan Melayu terselamat Oppenheimer menghujahkan sekitar 16,000 tahun lalu, Asia Tenggara sebagai tanah besar yang juga pusat awal peradaban dunia dinamakan Sundaland, sekali gus sudah mempunyai penduduk tempatannya sendiri. “Bagaimanapun, pada akhir Zaman Air Batu, benua Sunda ditenggelamkan banjir besar disebabkan kenaikan paras air laut menyebabkan hanya kepulauan Melayu tinggal di atas paras air.
“Disebabkan kejadian itu, sebahagian besar penduduk benua Sunda terpaksa berhijrah ke tempat lain termasuk ke Indochina dan Taiwan di utara dan ke pulau Pasifik Selatan di timur serta ke Madagascar di barat, manakala yang lain kekal tinggal di tempat asal yang sekarang dikenal sebagai Kepulauan Melayu,” katanya.

Persamaan antara Mitochondrial DNA (mtDNA) antara orang Melayu dengan Orang Asli dan perbezaannya ber-banding orang China boleh dianggap bukti yang mendiamkan keriuhan golongan yang mencanangkan teori Melayu sebagai pendatang. Kajian genetik yang dilakukan Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Universiti Oxford dan Universiti Leeds itu, mendapati mtDNA orang Melayu lebih berusia berbanding orang China dari Tanah Besar China. Data yang dibandingkan dengan dapatan Kong EtAl pada tahun 2010 itu, membabitkan sejumlah 6,093 sampel individu dari 84 kawasan penempatan di China itu, menolak dakwaan sesetengah pihak yang menganggap orang Melayu sebagai pendatang dan bukan penduduk asal kepulauan Melayu. Pengarah Penyelidikan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin, berkata dapatan itu menunjukkan mtDNA Melayu di kepulauan Melayu berusia di antara 50,000 hingga 60,000 tahun, iaitu 15,000 tahun lebih tua daripada orang China. “Kajian ini merumuskan pergerakan manusia di Tanah Besar bermula dari bahagian selatan dan naik ke utara China selepas berlakunya banjir besar di benua Sunda dan bukan sebaliknya seperti sering didakwa. “Bukan setakat mtDNA di selatan China lebih muda dibandingkan dengan kepulauan Melayu, malah penemuan arkeologi turut membuktikan sudah ada kehidupan di kepulauan Melayu sejak 40,000 tahun yang lalu katanya pada Forum Bicara Bestari, Melayu Bukan Pendatang di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hasil dapatan tepat, tersimpan Forum dipengerusikan Pengarah ATMA, Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin itu, turut dibarisi Felo Penyelidik Utama ATMA UKM, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, (DBP) Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar. Zafarina berkata, hasil dapatan daripada MtDNA adalah tepat kerana ia diwarisi turun-temurun daripada satu generasi kepada generasi dan tidak akan ‘terputus’ dengan mudah, melainkan berla-ku bencana besar-besaran yang menyebabkan seluruh populasi hilang. Katanya, DNA terdapat dalam semua sel badan dan boleh didapati daripada sel biologi seseorang sama ada ketika hidup atau mati, malah berupaya kekal dalam jangka waktu yang lama sehingga ia boleh didapati daripada sampel fosil yang disimpan dengan baik. Tambahnya, bukti mtDNA dilakukan USM bersama Universiti Leeds dan Oxford, senada dengan kajian yang mengatakan populasi peninggalan paling tua di dunia ialah Orang Asli Semang dari Semenanjung. “Apabila membuat kajian DNA berkenaan, kita temui sesuatu yang hampir sama dalam DNA orang Melayu dan Orang Asli Semang yang menandakan kedua-dua masyarakat ini berada dalam rumpun yang sama, sekali gus menjadikan Melayu sebagai bangsa yang sangat tua dari kepulauan Melayu. “Rumpun Melayu berasal dari kawasan yang luas tetapi disebabkan faktor seperti perubahan geografi dan politik, ramai merasakan Melayu hanya merujuk kepada Melayu di Semenanjung Melayu saja,” katanya. Mengenai dakwaan orang Melayu berasal dari Taiwan, Zafarina berkata, ia lebih mudah untuk dinafikan kerana pergerakan keluar dari Taiwan hanya ditunjukkan dalam tempoh 10,000 tahun yang lalu. Terikut teori lapuk Sementara itu, Md Salleh berkata, masyarakat perlu dididik mengenai kebenaran kerana sehingga kini masih ada sesetengah pihak termasuk ahli politik yang terikut teori Out of Taiwan dipelopori ahli arkeologi, Peter Bellwood. Beliau yang kesal dengan keadaan itu berkata, daripada menghukum mereka yang masih terus menganggap masyarakat Melayu…

User Rating: 4.35 ( 1 votes)
0
Facebook Comments
Seo wordpress plugin by www.seowizard.org.
Menu Title