Mahathir will apply for a pardon on Anwar’s behalf

6 days ago
8 Views

❎ BARISAN NASIONAL TELAH KEKAL SELAMA 65 TAHUN.

❎ Perkahwinan Barisan Nasional telah kekal selama 65 tahun manakala pembangkang telah berkahwin dan bercerai berkali-kali dalam masa 27 tahun.

Jadi mengapa kita perlu percaya bahawa perkahwinan terakhir ini akan kekal selamanya?

❎ Kami tahu mereka telah berjanji akan mansuhkan semua bentuk cukai, khususnya GST. Kemudian rakyat Malaysia akan menikmati penjagaan kesihatan percuma dan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti, termasuk Oxford dan Cambridge. Sekolah Cina dan Tamil akan menerima belanjawan sepuluh kali ganda dari apa yang mereka terima sekarang

▶ Janji-janji itu nampak indah belaka dan akan memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mengundi Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan perlu penjelasan lebih terperinci untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa bagaimana kerajaan akan menampung perbelanjaannya jika semua bentuk cukai akan dihapuskan, dan segala-galanya akan diberi percuma,

❎ Kekeliruan mengenai sistem dwi Undang-Undang Malaysia dari pra-Merdeka akan dihapuskan dengan menghapuskan undang-undang Syariah dan mengekalkan hanya satu set Undang-undang Sekular.

❎ Pada pilihan raya tahun 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan itulah sebabnya pada tahun 1957 pihak British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Malaya.

❎ Syarat yang kedua pula ialah bahawa kerajaan Perikatan Malaya yang merdeka mesti terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai sokongan dari ketiga-tiga kaum utama di Malaya dan tidak hanya akan menjadi kerajaan yang di terajui oleh satu bangsa saja, dalam konteks ini ia bermaksud bukannya kerajaan yang dikuasai oleh satu bangsa sama ada Melayu, Cina atau India

❎ Pada hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke-44 tiga bulan yang lalu, seseorang kenalan telah menghantar kepada saya satu mesej seperti berikut:

“JATUH CINTA MENANG MUDAH. MENGASIHI SELAMA-LAMANYA ADALAH TERLALU AMAT SUKAR.

▶ADMIN: Kalau tak faham maksud yang tersirat tak apa

❎ Bagaimanapun, perdebatan itu sama seperti perdebatan mengenai sama ada usia UMNO kini berusia 71 tahun atau pun berusia 29 tahun kerana UMNO ditubuh pada tahun 1946 manakala UMNO Baru pula ditubuhkan 42 tahun kemudian iaitu pada tahun 1988 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad membatalkan pendaftaran UMNO supaya dia boleh singkirkan Tengku Razaleigh Hamzah serta penyokong Team B nya

❎ Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan telah melihat perubahan strukturnya sejak pertama kali ia digabungkan 27 tahun yang lalu iaitu pada 1990 untuk menjadi parti pembangkang.

❎ Mana-mana musuh UMNO adalah rakan PAS dan DAP dan tiba-tiba semua dosa dan jenayah lalu Anwar diampuni dan dilupakan – asalkan Anwar menentang Mahathir dan UMNO.

❎ Ini kerana Lim Kit Siang dan Karpal Singh telah kalah dalam pilihan raya tahun 1999 dan mereka salahkan PAS diatas kekalahan mereka itu. Mereka berkata orang Cina begitu marah kerana DAP telah membentuk gabungan dengan PAS, sebab itu pengundi Cina telah menghukum Kit Siang dan Karpal.

❎ Tetapi prestasi DAP masih lebih teruk dalam pilihan raya umum 2004 berbanding dengan pilihan raya umum 1999.

Jadi adakah PAS benar-benar menjadi punca kekalahan DAP ?

❎ Mereka tidak akan kekal lama didalam sesuatu perhubungan dan mereka jadikan perkahwinan dan perceraian itu begitu mudah sekali seperti mereka menukar seluar dalam mereka.

Mahathir will apply for a pardon on Anwar’s behalf – Malaysia Today

Sekiranya Anwar enggan memohon pengampunan bagaimanakah Agong hendak memberikan pengampunan kepadanya ?

Bolehkah Agong memberi pengampunan kepada Anwar sekiranya Mahathir yang memohon pengampunan bagi pihak Anwar Adakah sistem pengampunan berfungsi seperti itu ?

Dan sekiranya Anwar gagal mendapatkan pengampunannya, tidakkah ini bermakna Perdana Menteri yang ketujuh yang sementara ini akan menjadi Perdana Menteri yang ketujuh yang tetap ?

Atau adakah mereka akan melantik orang lain bagi mengambil alih jawatan Perdana Menteri sementara ketujuh jika Anwar tidak diberikan pengampunan dan justeru itu tidak boleh menjadi Perdana Menteri kelapan ?

NO HOLDS BARRED
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Akhirnya Pakatan Harapan telah menyelesaikan isu barisan kepimpinannya dan penyokong pembangkang menganggapnya sebagai satu kejayaan terbesar sejak pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Barisan Nasional, yang memulakan kehidupan sebagai Parti Perikatan pada tahun 1952, telah mendirikan mahligai mereka selama 65 tahun. Pengasasnya ialah Tunku Abdul Rahman dari UMNO, Tan Cheng Lock dari MCA, dan V.T. Sambanthan dari MIC.

Pada pilihan raya tahun 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan itulah sebabnya pada tahun 1957 pihak British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Malaya. Ini adalah kerana Parti Perikatan dapat membuktikan kepada pihak British bahawa ia telah mendapat sokongan dari majoriti rakyat Malaya.

Ini adalah salah satu daripada beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak British untuk Malaya diberikan kemerdekaan iaitu kerajaan yang akan ditubuhkan mesti mendapat sokongan rakyat Malaya (maka 51 dari 52 kerusi Parlimen menunjukkan bahawa Parti Perikatan telah mendapat sokongan daripada majoriti rakyat). Syarat yang kedua pula ialah bahawa kerajaan Perikatan Malaya yang merdeka mesti terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai sokongan dari ketiga-tiga kaum utama di Malaya dan tidak hanya akan menjadi kerajaan yang di terajui oleh satu bangsa saja, dalam konteks ini ia bermaksud bukannya kerajaan yang dikuasai oleh satu bangsa sama ada Melayu, Cina atau India.

Pada hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke-44 tiga bulan yang lalu, seseorang kenalan telah menghantar kepada saya satu mesej seperti berikut: “Jatuh cinta memang mudah. Mengasihi selama-lamanya adalah terlalu amat sukar. Terbaik! Tahniah di hari ulang tahun perkahwinan anda yang ke-44.”

Barisan Nasional yang telah ‘bangkit dari peninggalan’ Parti Perikatan pada tahun 1973, telah bersatu selama 65 tahun sebagai sebuah entiti yang sah disisi undang-undang. Tetapi tidak ada sesiapa yang mempertikaikan bahawa Barisan Nasional dilahirkan pada tahun 1952 seperti juga Malaysia yang mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 walaupun Malaysia hanya ditubuhkan pada tahun 1963, iaitu enam tahun selepas Merdeka.

Bagaimanapun, perdebatan itu sama seperti perdebatan mengenai sama ada usia UMNO kini berusia 71 tahun atau pun berusia 29 tahun kerana UMNO ditubuh pada tahun 1946 manakala UMNO Baru pula ditubuhkan 42 tahun kemudian iaitu pada tahun 1988 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad membatalkan pendaftaran UMNO supaya dia boleh singkirkan Tengku Razaleigh Hamzah serta penyokong Team B nya. (Sama juga dengan perdebatan sama ada Amerika Syarikat benar-benar berusia 241 tahun).

Pokoknya, struktur Barisan Nasional pada asasnya masih kekal dan tidak berubah sejak tahun 1952 selain daripada pertukaran nama, pendaftaran baru, tambahan ahli-ahli yang baru masuk, dan sebagainya. Bangunannya mungkin telah diubahsuai, diperbaiki dan dinaiktaraf tetapi ia tidak pernah dirobohkan atau tapak asasnya digali.

Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan telah melihat perubahan strukturnya sejak pertama kali ia digabungkan 27 tahun yang lalu iaitu pada 1990 untuk menjadi parti pembangkang. Pada pilihan raya umum 1990 terdapat tiga gabungan parti pembangkang. Di pantai timur ialah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) manakala di pantai barat pula ialah Gagasan Rakyat. Dan di Sabah adalah satu pakatan untuk menghadapi pilihan raya diantara Semangkat 46 dan PBS yang mana pakatan tersebut tidak diberi nama.

Gabungan Gagasan Rakyat di pantai barat dan pakatan untuk menghadapi pilihan raya diantara Semangat 46 dan PBS juga telah dibubarkan selepas pilihan raya umum 1990 dan hanya APU saja yang masih kekal. Tetapi APU hanya dapat bertahan selama enam tahun lagi dan kemudiannya turut dibubarkan pada tahun 1996

Kemudian, apabila semua orang berfikir bahawa gabungan pembangkang telah berakhir, tiba-tiba berlaku pertelingkahan diantara Mahathir dan Anwar Ibrahim apabila Anwar gagal untuk menggulingjan Mahathir untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Mahathir pecat Anwar daripada UMNO dan, tiga minggu kemudian apabila Anwar memulakan gerakan reformasi menentang pentadbiran Mahathir, dia sumbatkan Anwar ke dalam penjara.

PAS dan DAP melihat ini sebagai peluang dan terus ke sisi Anwar untuk memberi sokongan (walaupun sebelum ini PAS dan DAP mahu Anwar dimasukkan ke dalam penjara bersama bosnya, Mahathir). Mana-mana musuh UMNO adalah rakan PAS dan DAP dan tiba-tiba semua dosa dan jenayah lalu Anwar diampuni dan dilupakan – asalkan Anwar menentang Mahathir dan UMNO.

Ini berpunca daripada penciptaan Parti Keadilan Nasional (PKN) dan satu gabungan baru yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA). Dan ianya wujud kerana Mahathir. Jika Mahathir tidak pecat Anwar dari UMNO dan memasukkannya ke dalam penjara, PKN dan BA tidak akan wujud.

Tetapi BA hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja. Pada tahun 2001, DAP telah keluar dari pakatan itu dan sekali lagi memutuskan untuk berjuang secara solo. Ini kerana Lim Kit Siang dan Karpal Singh telah kalah dalam pilihan raya tahun 1999 dan mereka salahkan PAS diatas kekalahan mereka itu. Mereka berkata orang Cina begitu marah kerana DAP telah membentuk gabungan dengan PAS, sebab itu pengundi Cina telah menghukum Kit Siang dan Karpal.

Jadi, dalam pilihan raya umum berikutnya, hanya PAS dan PKR (ketika itu PKN dan kini telah bertukar menjadi PKR) menghadapi pilihan raya umum 2004 sebagai satu gabungan. DAP sekali lagi bertanding secara solo sebagai parti pembangkang juga. Tetapi prestasi DAP masih lebih teruk dalam pilihan raya umum 2004 berbanding dengan pilihan raya umum 1999. Jadi adakah PAS benar-benar menjadi punca kekalahan DAP?

Kemudian kita melihat tertubuhnya Pakatan Rakyat pada tahun 2008, yang dibubarkan tujuh tahun kemudian iaitu pada tahun 2015, dan kini diganti pula dengan Pakatan Harapan. Nampaknya sejak 27 tahun yang lepas iaitu sejak tahun 1990 DAP suka mengamalkan prinsip kahwin cerai. Mereka tidak akan kekal lama didalam sesuatu perhubungan dan mereka jadikan perkahwinan dan perceraian itu begitu mudah sekali seperti mereka menukar seluar dalam mereka.

Perkahwinan Barisan Nasional telah kekal selama 65 tahun manakala pembangkang telah berkahwin dan bercerai berkali-kali dalam masa 27 tahun. Jadi mengapa kita perlu percaya bahawa perkahwinan terakhir ini akan kekal selamanya? Malah lebih pelik lagi ialah DAP tidak mahu PAS berada didalam pernikahan baru ini tetapi mereka melarang PAS dari berkerjasama dengan Umno atau Barisan Nasional.

Bagaimana DAP hendak menjelaskan prinsip mereka ini? Saya tidak mahu awak tidur dengan saya tetapi saya melarang kamu tidur dengan orang lain. DAP fikir mereka tu siapa yang nak melarang PAS berkerjasama dengan UMNO?

Bagaimanapun, upacara perkahwinan telah tamat dan Pakatan Harapan kini sedang menikmati keindahan berbulan madu. Apabila mereka kembali daripada berbulan madu mereka, mereka perlu turun padang dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengapa rakyat harus mengundi mereka.

Kami tahu mereka telah berjanji akan mansuhkan semua bentuk cukai, khususnya GST. Kemudian rakyat Malaysia akan menikmati penjagaan kesihatan percuma dan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti, termasuk Oxford dan Cambridge. Sekolah Cina dan Tamil akan menerima belanjawan sepuluh kali ganda dari apa yang mereka terima sekarang. Gereja dan kuil akan menerima peruntukan wang yang sama yang peruntukan oleh kerajaan bagi pembinaan masjid.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia akan dipinda untuk menghapus semua kekaburan, khususnya mengenai status Malaysia sebagai Negara Sekular, yang kini dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan. Kekeliruan mengenai sistem dwi Undang-Undang Malaysia dari pra-Merdeka akan dihapuskan dengan menghapuskan undang-undang Syariah dan mengekalkan hanya satu set Undang-undang Sekular. Akan ada pemisahan yang jelas dan mutlak diantara gereja dan negara seperti apa yang diamalkan di negara-negara demokrasi yang lain.

Janji-janji itu nampak indah belaka dan akan memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mengundi Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan perlu penjelasan lebih terperinci untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa bagaimana kerajaan akan menampung perbelanjaannya jika semua bentuk cukai akan dihapuskan, dan segala-galanya akan diberi percuma, (terutamanya dengan penghapusan caj tol di semua lebuh raya). Penjelasan ringkas cukup memadai kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan memahami akaunting yang rumit.

Oh, dan akhirnya, Pakatan Harapan mengumumkan bahawa seminggu selepas mereka berkuasa, mereka akan memulakan proses untuk mendapatkan kebebasan Anwar dari penjara supaya beliau boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelapan. Dalam pada itu, sementara menunggu pembebasan Anwar dari penjara, orang lain akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, tetapi hanya untuk sementara sahaja, sehingga Anwar boleh mengambil alih jawatan tersebut.

Tetapi jika tujuan pilihan raya umum akan datang adalah untuk menendang Perdana Menteri Najib Tun Razak., jadi, pengundi perlu diberitahu: mereka nak menyingkirkan Najib untuk menggantikannya dengan siapa ?

Adakah ia untuk singkirkan Najib dan menggantikannya dengan Mat Sabu ?

Oleh kerana mereka enggan menyebut siapa yang akan menggantikan Najib maka sesiapa pun boleh jadi Perdana Menteri, termasuk Mat Sabu.

Dan jika ia bukannya Mat Sabu, kenapa mereka malu untuk menyebut siapa yang akan menggantikan Najib ?

Mungkin seseorang yang anda tahu bahawa rakyat Malaysia tidak boleh menerima orang tersebut sebagai Perdana Menteri sementara Malaysia yang ketujuh, sebab itulah anda malu untuk menyebutnya.

Yang lebih penting ialah apa yang akan berlaku sekiranya Anwar tidak dibebaskan dari penjara ?

Anda berkata satu minggu selepas anda berkuasa, anda akan memulakan proses untuk mendapatkan Anwar dibebaskan dari penjara. Dan anda menyebutkan anda akan meminta pengampunan dari Yang Mulia Agong.

Tetapi adakah Anwar sepatutnya terlebih dahulu memohon Ampun ?

Anwar berkata beliau enggan memohon pengampunan kerana akan memberi gambaran bahawa dia akan mengaku bersalah. Dan orang yang tidak bersalah tidak perlu memohon pengampunan. Oleh itu, dia enggan memohon pengampunan supaya dia boleh mengatakan bahawa dia tidak bersalah.

Sekiranya Anwar enggan memohon pengampunan bagaimanakah Agong hendah memberinya pengampunan ?

Bolehkah Agong memberi pengampunan kepada Anwar sekiranya Mahathir yang memohon pengampunan bagi pihak Anwar ?

Adakah sistem berfungsi seperti itu ?

Dan sekiranya Anwar gagal mendapatkan pengampunannya, tidakkah itu bermakna Perdana Menteri sementara yang ketujuh kini akan menjadi Perdana Menteri ketujuh yang tetap ?

Jika Anwar tidak diberikan pengampunan dan oleh itu tidak boleh menjadi Perdana Menteri kelapan, adakah mereka akan melantik orang lain untuk mengambil alih jawatan tersebut daripada Perdana Menteri sementara ketujuh itu ?

Mahathir will apply for a pardon on Anwar’s behalf

In that case if Anwar refuses to apply for a pardon how is the Agong going to grant him a pardon? Can the Agong grant Anwar a pardon if Mahathir applies for a pardon on Anwar’s behalf? Does the system work that way? And if Anwar fails to get his pardon would that not mean the temporary seventh Prime


Source

Facebook Comments
Seo wordpress plugin by www.seowizard.org.
Menu Title